Thursday, 20 February 2014

EXAM MIDTERM




Hi, Assalamualaikum ok entry kali ni aku nak cerita mengenai exam midterm. Hahaha dengar midterm ni ramai orang cakap ala midterm je pun. Midterm tak midterm bagi aku exam midterm ke exam final ke dua dua susah. Memang lah midterm ni 40 markah je tapi kena fikir and study jugak kan? aku sekarang sem 3, dalam sem 3 ni aku ambik 4 subjek iaitu 1. Introduction to Occupational Safety and Health 2. Basic Toxicology 3. Human Biology 4.Pengajian Malaysia. ok tiga paper dah selesai just tunggu paper yg terakhir esok, paper Introduction to Occupational Safety and Health. Dengar nama subjek pun dah takut dah kan tapi subjek ni tak lah susah sangat cuma banyak akta dan kena banyak hafal. Aku kalau bab hafal ni aku lemah sikit tapi aku try sedaya upaya aku lah, InsyaAllah esok aku boleh jawab. 

Ramai student time midterm rilex je tapi time final exam semua jadi ulat buku. kalau kat cafe time exam final susah nak tngok student yg makan je, mesti ada notes kat tangan depa. Aku dengan geng aku jenis suka buat notes ringkas kat test pad. Test pad tu mesti lipat memanjang and jadikan dia empat bahagian, hehehe baru senang nak baca. ok sapa pernah buat macam kami buat ni kita geng. Hehehe ok cukup untuk entry midterm aku ni, kalau ada masa dan panjang umur aku tulis lagi ya. ok bye bye :)

No comments:

Post a Comment