Friday, 21 February 2014
HOSTEL BLACKOUT
Hi, ok tajuk entry aku kali ni ialah "BLACKOUT" hampa pun tau kan macam mana kalau dok dalam keadaan gelap? aku memang lemah sikit kalau gelap gelap ni bukan apa otak tu kalau dalam gelap mau dia fikir mengarut-mengarut. ok aku memang niat nak study tadi sebab esok exam intro osh tapi time aku niat nak study tu la dia p blackout. alahai~ lama jugak lah dok dalam gelap. Hampa tau tau ja la kan sekarang ni musim panas so bila kipas angin berhenti ja mula mulut nak bising. tapi nak buat macam mana kan terpaksa lah terima hakikat. acewahh hehehe. time lampu terpadam, kipas angin berhenti time tu jugak lah dengar suara-suara student laki dok jerit-jerit kat tingkap. lepas tu dah tak tahan panas sangat semua pakat lari p dok lepak kat koridor, ada yang dok main guitar la, ada yang dok baca buku lah, ada yang dok karaoke la macam- macam perangai aku boleh tengok tadi. hehehe
Aku tak tau apa punca blackout tadi sebab dalam unit ja yang x dak electrik kat luar kat koridor tu ada pulak, lif pun bergerak macam biasa ja. geng yang umah sebelah semua pakat turun dok kat dewan sbb kat dewan ada electrik. ishh seriously aku tak faham. ok itu kerja TNB so tak payah nak serabut kepala otak ni nak fikir benda tu. first td ingat main-main ala macam nak test lampu tp tak betul-betul tak dak electrik,hahaha dalam kepala aku dok fikir macam-macam dah yala malam ni malam jumaat tau tau dah lah kan. tapi aku diam je sebab tak nak fikir sangat. huhu.. time tak dak electrik tu jugak lah bateri fon nak habis, alahai~ lemah betul, nasib baik lah aku ni terfikir ada laptop and ada USB so apa salahnya kan kalau charge fon guna laptop kan. hehehe cerdik dak aku .. ok lah entry aku kali ni aku stop kat sini je kay.. nanti aku update lg :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment