Sunday, 23 February 2014
CRUSH
Hi, Assalamualaikum peeps, hmm okay hari ni aku nak tulis mengenai "CRUSH". heyy korang tahu tak apa itu crush? mesti lah korang tahu kan. korang pun mesti ada crush kan? okay apa-apa pun aku nak bagi tahu apa itu crush, crush tu macam korang minat someone lah tak kira lah korang minat kat pelakon korea ke, pelakon malaysia ke, kawan university ke sapa-sapa yang korang minat lah. haaa itu lah crush.
okay back to topic kat sini aku nak kongsi perasaan aku kat korang, kat university aku tu ramai student ada bangsa cina, ada bangsa india, international student pun ada so aku terminat kat sorang ni, dia batch 95 so dia sama sem ngan aku sem 3 nama dia Aiman Haqim dia ambik kos Culinari Art, time sem 1 aku langsung tak pernah nampak dia and tak pernah kenal dia. masuk sem 2 baru aku kenal dia, kenal pun atas perasaan tak puas hati sebab dia kalau naik bas selalu dok seat belakang aku lepas tu dia selalu tolak-tolak seat aku, aku ngan kawan aku pun tak puas hati lah korang pun tahu kan korang penat-penat nak rehat lepas tu ada orang ganggu korang, mesti korang tak puas hati kan? ha perasan aku time tu berbulu je tengok dia tapi sabar je sebab aku tak nak gaduh-gaduh. first aku tengok dia aku ingat dia budak baru tapi kawan aku kata Aiman tu batch kita orang cuma intake je lain, owww baru aku tahu.
Dari perasaan tak puas hati tu bertukar jadi perasaan suka, huhuhu tu lah orang tua-tua kata jangan benci nanti jadi suka haaa kan dah kena kat aku. hehehe dulu time sem 2 aku selalu bertembung dengan dia sampailah satu hari tu classmate aku kenenkan aku dengan dia, malu tu tak yah cakap lah muka aku blushing teruk time tu. hehehe tapi dalam hati happy sangat-sangat. dia tu tak lah teruk sangat dia sebenarnya peramah tapi kena orang tegur dia dulu, aku nak tegur dia? hahaha memang tak lah sebab aku ni malu sikit. yaka malu? hehehe hmm ok aku suka kat dia sebab dia tu comel, ada lesung pipit pulak tu, lagi pun dia suka senyum, badan dia ok lah tak gemuk sangat tak kurus sangat kira macam taff lah. sebab tu aku suka. hehehehehe
Time classmate aku kenenkan dengan dia, dia ada cerita pasal diri dia kat aku kira macam sesi perkenalan lah ni heheheh lepas tu dia tanya aku 'ehh awak kan yang add wechat saya hari tu dan sekarang kita dah jadi friend kan?' aku tanya dia 'yeke saya?' dia kata 'try awak buka kat friend list ada kan?' hakikat sebenarnya memang aku dah lama add wechat dia tapi aku malu nak wechat dia. hehehehehe sejak dari situ lah dia bila jumpa aku dia senyum je, sampai habis sem 2. bahagia je rasanya dah lah comel,
Hmm time awal sem 3 aku still nampak dia kat campus. dua minggu kemudian aku terus tak nampak dia kat hostel pun aku tak nampak. aku ingatkan dia dah tak study situ hari-hari aku tunggu dia pegi kelas kat hostel pun aku tunggu dia keluar turun kat bawah tapi keputusannya sama je. sedihnya aku hanya tuhan saja yang tahu. ok sampai lah lepas cuti tahun baru cina baru aku nampak dia kat campus, seriously aku happy time aku nampak dia. rupa-rupanya dia menghilangkan diri selama dua minggu tu dia pergi umrah dengan family dia, perasaan aku time aku tahu dia pergi umrah tu memang bercampur ada sedih ada terharu ada happy ada bangga. acewahhh macam la dia tu suami aku kan? hehehehe over pulak .
Aku memang tak boleh kawal perasaan aku bila aku nampak dia, setiap kali aku berdoa nama dia tak pernah tertnggal, aku selalu mimpi pasal diri dia. alahaiiii dah kemaruk dah ni heheheh .. kalau ditakdirkan aku bukan jodoh dia aku rela dan aku redha tapi dia tetap aku ingat sampai bila-bila dan kalau ada jodoh tak kemana kan bak kata orang tua-tua. ok story aku aku stop kat sini je kay? nanti ada masa aku story lagi . bye bye bye
Saturday, 22 February 2014
KAWAN KERJA
Hi, Assalamualaikum ok entry aku kali ni "KAWAN KERJA". Aku nak cerita pasai depa ni, actually entry ni paling istimewa buat aku sebab aku banyak kenangan time aku kerja kat situ, ok nama tempat kerja aku Flash Evolution kat Sentosa Plaza, Alor Setar. Aku kerja jual accessory telephone je pun tapi keluasan kedai dia boleh cover brp buah kedai yg lain, besar kot. ok actually bangunan Sentosa Plaza ni pusat komunikasi alaa macam jual telephone, jual laptop, jual accessory phone segala bagai salah satu daripadanya kedai aku lah. Kedai aku walaupun jual accessory je tapi ada uniform cek oi. hehe hebat kan?
ok ni gambar aku n tu casing samsung tab 2 7.0 . hehe baju uniform aku warna pink, tak kira laki ke perempan kena pakai jugak baju pink tu.
bergambar dengan tauke besar kedai aku . ok yang macam kingkong belakang tu nama dia Chuan, jawatan dia assistant bos no.2, kira macam kerani la, dia lah yang jaga kaunter semua. Time ni actually aku, Fatin,Edy,Kimin, ngan Mat dah berhenti. ni kononnya gambar last kami la ni sebab tu aku ngan geng aku pakai baju biasa ja tu. hehehe
Aku happy time kerja kat situ sebab dapat kenal ngan ramai orang, macam-macam ragam manusia aku boleh tengok. Kawan paling rapat ngan aku mestilah Fatin, lepas masuk keja dua tiga hari aku kenal ngan Kak Dila dia buat part time kat situ maklumlah student salah sebuah U kat area situ. ok lepas aku kenal Kak Dila, masuk pulak budak baru iaitu Edy, Kimin n Mat, depa batch 95 so sama ngan aku lah kiranya tunggu result SPM keluar.
First aku kenal Edy aku ingat dia tu abg sebab muka dia matured gila tak macam lepasan spm, aku pun panggil la dia abg sebab Kak Sim a.k.a bos no.2 aku tu suruh aku jadi leader dia sebab aku ni dah dikirakan senior, acewahh senior tu,hehe ok pastu aku pun tunjuk lah kat dia ni kat mana tempat casing phone S4, Note2, Iphone5, Iphone4, Samsung Tab, Ipad segala bagai tu. Sejak kat situ lah aku tau yang Edy tu sama umur ngan aku, heheh malu kot . Yela aku pun tak tanya dah main panggil ja. Lepas aku kenal Edy baru lah aku kenal Kimin ngan Mat sebab depa dua ni bukan bawah aku depa ni bawah Kak Dila.
Aku ingat depa yang baru masuk ni diam rupanya dak, depa boleh ngam ngan aku,Fatin n Kak Dila. Depa kata kami sombong tapi mai jugak sembang ngan kami, pastu time balik kerja Edy ajak kami p lepak kat kedai burger Abg Burn, kami pun on ja lagipun time balik kerja memang kami singgah makan dulu. Pastu dalam dok bincang-bincang tu Chuan dengar dia pun nak join jugak so kami p lah ramai-ramai satu kedai p lepak kat kedai burger bakar Abg Burn tu. hehe moment yang tak boleh dilupakan. aku sayang depa ni tau. ok lastly aku nak cakap depa ni the best friend yang pernah aku jumpa dalam masa yang singkat. I LOVE YOU ALL. ok bye bye, nanti aku update pasai lain pulak kay. untuk entry ni dah tutup~~~
Friday, 21 February 2014
HOSTEL BLACKOUT
Hi, ok tajuk entry aku kali ni ialah "BLACKOUT" hampa pun tau kan macam mana kalau dok dalam keadaan gelap? aku memang lemah sikit kalau gelap gelap ni bukan apa otak tu kalau dalam gelap mau dia fikir mengarut-mengarut. ok aku memang niat nak study tadi sebab esok exam intro osh tapi time aku niat nak study tu la dia p blackout. alahai~ lama jugak lah dok dalam gelap. Hampa tau tau ja la kan sekarang ni musim panas so bila kipas angin berhenti ja mula mulut nak bising. tapi nak buat macam mana kan terpaksa lah terima hakikat. acewahh hehehe. time lampu terpadam, kipas angin berhenti time tu jugak lah dengar suara-suara student laki dok jerit-jerit kat tingkap. lepas tu dah tak tahan panas sangat semua pakat lari p dok lepak kat koridor, ada yang dok main guitar la, ada yang dok baca buku lah, ada yang dok karaoke la macam- macam perangai aku boleh tengok tadi. hehehe
Aku tak tau apa punca blackout tadi sebab dalam unit ja yang x dak electrik kat luar kat koridor tu ada pulak, lif pun bergerak macam biasa ja. geng yang umah sebelah semua pakat turun dok kat dewan sbb kat dewan ada electrik. ishh seriously aku tak faham. ok itu kerja TNB so tak payah nak serabut kepala otak ni nak fikir benda tu. first td ingat main-main ala macam nak test lampu tp tak betul-betul tak dak electrik,hahaha dalam kepala aku dok fikir macam-macam dah yala malam ni malam jumaat tau tau dah lah kan. tapi aku diam je sebab tak nak fikir sangat. huhu.. time tak dak electrik tu jugak lah bateri fon nak habis, alahai~ lemah betul, nasib baik lah aku ni terfikir ada laptop and ada USB so apa salahnya kan kalau charge fon guna laptop kan. hehehe cerdik dak aku .. ok lah entry aku kali ni aku stop kat sini je kay.. nanti aku update lg :)
Thursday, 20 February 2014
EXAM MIDTERM
Hi, Assalamualaikum ok entry kali ni aku nak cerita mengenai exam midterm. Hahaha dengar midterm ni ramai orang cakap ala midterm je pun. Midterm tak midterm bagi aku exam midterm ke exam final ke dua dua susah. Memang lah midterm ni 40 markah je tapi kena fikir and study jugak kan? aku sekarang sem 3, dalam sem 3 ni aku ambik 4 subjek iaitu 1. Introduction to Occupational Safety and Health 2. Basic Toxicology 3. Human Biology 4.Pengajian Malaysia. ok tiga paper dah selesai just tunggu paper yg terakhir esok, paper Introduction to Occupational Safety and Health. Dengar nama subjek pun dah takut dah kan tapi subjek ni tak lah susah sangat cuma banyak akta dan kena banyak hafal. Aku kalau bab hafal ni aku lemah sikit tapi aku try sedaya upaya aku lah, InsyaAllah esok aku boleh jawab.
Ramai student time midterm rilex je tapi time final exam semua jadi ulat buku. kalau kat cafe time exam final susah nak tngok student yg makan je, mesti ada notes kat tangan depa. Aku dengan geng aku jenis suka buat notes ringkas kat test pad. Test pad tu mesti lipat memanjang and jadikan dia empat bahagian, hehehe baru senang nak baca. ok sapa pernah buat macam kami buat ni kita geng. Hehehe ok cukup untuk entry midterm aku ni, kalau ada masa dan panjang umur aku tulis lagi ya. ok bye bye :)
NEWBORN
Hi, my name is Aina Fazliana Binti Nooraini@Azhar. Haa nama Noraini tu jangan tanya kenapa dia nama Noraini aku tak tau okay. Itu kena p tanya tok(nenek) aku .. ok ok jangan merapu, next aku nak cerita pasai diri aku, ok aku cuma ada dua beradik je tak ramai macam orang lain. Yg lagi sorang tu adik aku nama dia Azfar Faizal Bin Nooraini@Azhar. Umur dia beza dengan aku lima tahun. Lama kan? so tak kisahlah orang nak kata aku ni manja ke apa ke sebab memang patut depa kata macam tu pun sebab aku dengan adik aku jarak jauh.. Ok nama mama aku pulak Puziyah Bt Ali. Umur mama aku 52 tahun, Umur ayah aku pulak 48 tahun. Umur ayah aku beza empat tahun dari mama aku .. Haa tu la orang kata jodoh tu tak mengenal usia. acewahh hehehe
Tarikh lahir aku 21 Desember 1995. Hujung tahun nuhh aku baru lahir. aku asal dari Alor Setar, Kedah. Tapi sekarang aku stay kat Puchong, kat Puchong tu hostel tau bukan umah sewa, aku study kat City University College Science and Technology. Aku ambil kos Occupational Safety and Health, first aku rasa macam tak tahu apa benda pun pasal kos aku ni tapi bila dah pergi seminar kat situ lah aku tahu apa itu Occupational Safety and Health. Baru aku tahu kos aku tu baru dan tak semua IPTA @ IPTS ada kos tu.hehehe rasa bertuah pun ada jugak. Apa-apa pun aku nekad nak teruskan study aku sampai Ijazah Sarjana Muda (Master). Kalau ada rezeki aku nak sambung sampai PHD, aku nak balas jasa family aku yang bersusah payah untuk aku selama ni.. Ok lah aku stop entry aku kat sini je kay. Nanti aku ada masa aku tulis lagi cerita aku .. bye bye bye..
Subscribe to:
Posts (Atom)