Friday, 30 May 2014

SEMESTER BARU !!!




Assalamualaikum, haiiii peeps. haihhhh rindunya aku kat blog aku ni, dah lama tak update maklumlah sibuk nk register subjek bagai yela dah masuk semester baru kan, semester 4 yoo... dah setahun dah rupanya aku jadi anak perantau ni.. 

Haritu sibuk nak final exam kali ni sibuk angkut barang masuk bilik baru , huuu semester ni banyak yang baru, sebagai contoh bilik baru, sem baru, kelas baru, subjek baru, lecturer baru, haa kan banyak yang baruuu~ hehehehehe . ok semester ni semua subjek aku subjek killer.. kena study hard la jawabnya.

Ha pasai result aku semua org tanya pakcik aku pun tanya jugak, ok result aku alhamdulillah meningkat dari sem lepas. terima kasih sngat kat parents aku n kawan-kawan aku sebab banyak tolong aku. heeeeee~ . 

Okay lah aku dah blur dah tak dak ayat nk tulis nanti aku update lg ya. take care semua :) aku just nak bgtau yg aku dah masuk semester baru. hehehe 

Salam sayang dari tuan puteri :)

Wednesday, 23 April 2014

SEMESTER BREAK, YEAYHHHHH!!!!


Hi, Assalamualaikum kawan-kawan, dah berabuk dah blog aku sebab dah lama tak update.. heeee sibuk nk final exam la katakan. ok la ni kolej aku semester break, and aku of course la balik kampung. rindu kat kampung ni membuak-buak sampai hari yang last paper aku tu aku jawab ntah apa-apa, harap-harap lulus.

ok aku balik kampung rasa macam puteri, huuuuu semua pakat tanya soalan "cuti sampai bila"? jumpa ja mana-mana orang kampung semua tanya soalan yang sama. hehehehe nampak dak aku ni orang yang dihormati, cehhhhh *mata keatas tangan kebahu.

time first sampai Station Bus Shahab Perdana aku tanya ayah aku macam-macam, sampai ayah aku diam sambil bawak keta sebab tak laqat nk layan aku. then dah sampai kampung rasa macam aku ni bukan balik kampung aku sebab banyak sangat yang dah berubah, yala sekarang ni dah ada rukun tetangga tolong jaga kampung ala macam security yg jaga taman tu siap ada gate lg.. rasa macam kampung aku paling hebat dalam banyak-banyak kampung. hehehehehe

dah alang-alang cuti sem tu aku ingat nk p vocation ngan family aku tapi sayangnya aku cuti ni bukan time cuti sekolah. tak pa la aku vocation kat kampung ja la jawabnya.. sedihhh kan?? kawan-kawan aku pun semua sibuk so aku balik ni habiskan masa ngan Adam Miqhael ja la.. Adam pun time-time macam ni la dia nak demam campak bagai tak boleh aku nak bawak dia p jalan-jalan.

sebelum cuti bukan main dok rancang ngan Adi n Pidot nak hangout sama-sama bagai tapi bila dah cuti semua sunyi sepi tanpa berita. hahaha tu la orang kata "kita hanya merancang Allah yang tentukan".

ok lah aku dah nak bobok ni, lain kali kalau ada masa dan umur aku panjang aku update lagi. huuuuuu~ salam sayang dari tuan puteri.

Wednesday, 5 March 2014

ALPHA 7



Hi, Assalamualaikum peeps, ok harini aku nak cerita mengenai kisah-kisah ataupun detik-detik manis aku bersama geng aku time sem 2. geng aku diberi nama Alpha 7 sebab ada tujuh orang ahli. aku sayang diaorang macam aku sayang family aku. aku tak sangka disebab ada something problem yang boleh menyebabkan kitaorang berpisah just ada sorang dua yang rapat ngan aku. nak tengok gambar tak? korang tengok kat bawah ni.

ha ni lah geng aku tapi dalam gambar ni tak cukup lagi dua orang. ok yang hujung sebelah kanan tu nama dia Iswandi, sebelah dia Bella lepas tu Naziha tepi Naziha nama dia Aizul yang tepi sebelah kiri sekali tu aku. 

ok aku cerita biodata diaorang sorang-sorang ea.. 


ha ni nama dia Iswandi dia berasal dari Sarawak. dia ambik kos sama ngan aku Diploma Occupational Safety and Health. aku suka kawan ngan dia ni sebab dia walaupun anak orang ternama tapi dia tak kisah nak berkawan ngan sapa-sapa pun, dia ni mcm tak pernah nak bangga-banggakan diri dia. hobi dia suka bergambar, makan, gelak kuat-kuat and suka shopping.  


ha ni pulak nama dia Nabila Huda kitaorang panggil dia Bella. dia ni ambik kos Diploma in Nursing. dia berasal dari Johor Bharu, dia ni memang best friend yang pernah aku kenal sebelum ni. hobi dia suka makan,suka gelak,suka nyanyi and suka bergosip. aku suka kawan ngan dia sebab dia ni cepat ngam ngan aku dia ada banyak persamaan ngan aku. aku sayang ngan dia ni tau..


ha yang ni nama dia Naziha, kitaorang bagi gelaran kat dia kecik versus girl.. dia asal dari Johor jugak. dia ambik sama kos ngan Bella tadi, Diploma in Nursing. dia ni manja orangnya tapi hati dia kuat, anak bongsu dalam family. dia hobi sama ngan Bella suka makan,suka bergambar,suka gosip,suka gelak kuat-kuat. dia kata gelak kuat-kuat tu boleh menghilangkan stress. aku suka tengok dia senyum manis sangat. ok next ..



ok yang ni pulak nama dia Aizul Azlizam, kitaorang panggil dia kecik versus boy. hehe nak tahu kenapa kitaorang gelar dia mcm tu sebab dia ni kecik je orangnya. dia ambik kos Diploma in Architectural Technology. ha jangan pandang dia sebelah mata tau. bakal architect ni. hobi dia suka shopping,suka gosip,suka makan,and suka berjalan. dia ngan Iswandi tadi memang suka tawaf KL. ok dah dah aku nak cerita pasal orang lain pulak.


ok orang dalam gambar atas ni nama dia Suhana, dia asal dari Johor. dia ambik kos Diploma in Nursing sama ngan Bella and Naziha tadi. dia ni anak sulung dalam family, garang tu sudah semestinya lah. dalam diri dia ada ciri-ciri keibuan. acewahh hehehe. ok hobi dia suka masak,suka shopping,suka makan,suka berjalan and suka bercakap. hahaha dia ni suka membebel. aku suka kawan ngan dia sebab dia ni boleh bawa bincang kalau ada problem. last pasal dia, dia ni suka ambik berat tentang kawan-kawan dia.

aku nak cerita pasal Ikin tapi gambar dia tak dak nak letak kat sini, so secara ringkasnya Ikin ni nama sebenar dia Noor Asyikin. asal dari Yong Peng, Johor. dia ni kecik je orangnya, tak banyak cakap senyum ja. dia baik comel. and last pasal dia dia ni tak suka bila laki kacau dia. heheh

ok nak tengok lg tak gambar? tengok bawah ni.



 gambar 1

 gambar 2

gambar 3

gambar 4

semua kenangan dengan geng Alpha 7 akan aku simpan kemas. moment yang paling best last day Iswandi kat City U. dia buat kejutan kat geng aku ni. kitaorang punya la nangis sebab dia nak fly pegi UK sambung study kat sana tiba-tiba dia datang campus tanpa pengetahuan sorang pun. dia kata dia datang tu nak meet untuk yang terakhir kalinya. semua nangis especially aku sebab aku satu kelas ngan dia, tunggu kelas pun sama-sama, sembang sama-sama, masuk kelas sama-sama, makan sama-sama. memang aku selalu sama-sama ngan dia. lepas tu tiba-tiba dia nak pindah sapa tak sedih kan? kalau korang pun korang sedih kan? 

lepas Iswandi, Aizul a.k.a kecik versus boy pulak nak pindah pegi Politeknik kat Perak. perasaan aku time tu memang tak boleh nak terangkan sebab sedih sangat even aku baru je masuk geng tu tapi persamaan kitaorang memang kuat. semua berpisah just tinggal perempuan je tu pun yang ambik nurse tu bukan selalu ada kat campus pun, diaorang banyak dok kat lab. so tinggal lah aku sensorang tanpa mereka. sunyi je rasa hidup aku tanpa diaorang semua.. Guys aku RINDU KORANG ... aku harap kita akan get back balik mcm dulu even dah kerja nanti. 

AKU SAYANG KORANG, AKU RINDU KORANG SANGAT-SANGAT :'( :'(


Monday, 3 March 2014

HELLO MARCH !!





     Hai peeps, ok hari ni aku nak bagi tahu yang sekarang ni kita dah dalam bulan March, rasa kejap je masa berlalu pejam celik pejam celik dah bulan March tak lama bulan April, bulan April tu yang agak menggerunkan sebab dalam bulan tu lah kita orang nak final exam. pergghhh kejap je dah nak habis sem, bulan lima ni dah masuk sem baru. ok ok macam nak lari tajuk je ni . hehehhehe 

     
     Bulan lepas iaitu bulan februari banyak sangat kenangan dalam diri aku, actually kenangan itu kenangan paling indah yang pernah aku hadapi sepanjang aku stay kat U aku.. haaa jeng jeng jeng kenangan apakah itu? hahahahah biarlah aku sahaja yang tahu, biar aku sahaja yang simpan kemas-kemas dalam hati aku. 

    Aku harap bulan March ni pun banyaklah tercipta kenangan. Nak tercipta kenangan manis tu agak sukar tetapi nak mencipta kenangan pahit tu memang senang. hahaha betol ke ayat aku tu.. Aku harap sangat bulan ni memberi seribu sinar kebahagiaan dalam diri aku dan aku harap aku boleh mengecapi apa yang aku nak selama ni. I wish this month will be great to me. Lastly dengan yakinnya aku nak minta maaf jika ada kesilapan yang aku pernah buat pada bulan lepas aku harap korang maafkan aku ea? 
     

   
   

Sunday, 23 February 2014

CRUSH




Hi, Assalamualaikum peeps, hmm okay hari ni aku nak tulis mengenai "CRUSH". heyy korang tahu tak apa itu crush? mesti lah korang tahu kan. korang pun mesti ada crush kan? okay apa-apa pun aku nak bagi tahu apa itu crush, crush tu macam korang minat someone lah tak kira lah korang minat kat pelakon korea ke, pelakon malaysia ke, kawan university ke sapa-sapa yang korang minat lah. haaa itu lah crush. 

okay back to topic kat sini aku nak kongsi perasaan aku kat korang, kat university aku tu ramai student ada bangsa cina, ada bangsa india, international student pun ada so aku terminat kat sorang ni, dia batch 95 so dia sama sem ngan aku sem 3 nama dia Aiman Haqim dia ambik kos Culinari Art, time sem 1 aku langsung tak pernah nampak dia and tak pernah kenal dia. masuk sem 2 baru aku kenal dia, kenal pun atas perasaan tak puas hati sebab dia kalau naik bas selalu dok seat belakang aku lepas tu dia selalu tolak-tolak seat aku, aku ngan kawan aku pun tak puas hati lah korang pun tahu kan korang penat-penat nak rehat lepas tu ada orang ganggu korang, mesti korang tak puas hati kan? ha perasan aku time tu berbulu je tengok dia tapi sabar je sebab aku tak nak gaduh-gaduh. first aku tengok dia aku ingat dia budak baru tapi kawan aku kata Aiman tu batch kita orang cuma intake je lain, owww baru aku tahu. 

Dari perasaan tak puas hati tu bertukar jadi perasaan suka, huhuhu tu lah orang tua-tua kata jangan benci nanti jadi suka haaa kan dah kena kat aku. hehehe dulu time sem 2 aku selalu bertembung dengan dia sampailah satu hari tu classmate aku kenenkan aku dengan dia, malu tu tak yah cakap lah muka aku blushing teruk time tu. hehehe tapi dalam hati happy sangat-sangat. dia tu tak lah teruk sangat dia sebenarnya peramah tapi kena orang tegur dia dulu, aku nak tegur dia? hahaha memang tak lah sebab aku ni malu sikit. yaka malu? hehehe hmm ok aku suka kat dia sebab dia tu comel, ada lesung pipit pulak tu, lagi pun dia suka senyum, badan dia ok lah tak gemuk sangat tak kurus sangat kira macam taff lah. sebab tu aku suka. hehehehehe

Time classmate aku kenenkan dengan dia, dia ada cerita pasal diri dia kat aku kira macam sesi perkenalan lah ni heheheh lepas tu dia tanya aku 'ehh awak kan yang add wechat saya hari tu dan sekarang kita dah jadi friend kan?' aku tanya dia 'yeke saya?' dia kata 'try awak buka kat friend list ada kan?' hakikat sebenarnya memang aku dah lama add wechat dia tapi aku malu nak wechat dia. hehehehehe sejak dari situ lah dia bila jumpa aku dia senyum je, sampai habis sem 2. bahagia je rasanya dah lah comel, 

Hmm time awal sem 3 aku still nampak dia kat campus. dua minggu kemudian aku terus tak nampak dia kat hostel pun aku tak nampak. aku ingatkan dia dah tak study situ hari-hari aku tunggu dia pegi kelas kat hostel pun aku tunggu dia keluar turun kat bawah tapi keputusannya sama je. sedihnya aku hanya tuhan saja yang tahu. ok sampai lah lepas cuti tahun baru cina baru aku nampak dia kat campus, seriously aku happy time aku nampak dia. rupa-rupanya dia menghilangkan diri selama dua minggu tu dia pergi umrah dengan family dia, perasaan aku time aku tahu dia pergi umrah tu memang bercampur ada sedih ada terharu ada happy ada bangga. acewahhh macam la dia tu suami aku kan? hehehehe over pulak .

Aku memang tak boleh kawal perasaan aku bila aku nampak dia, setiap kali aku berdoa nama dia tak pernah tertnggal, aku selalu mimpi pasal diri dia. alahaiiii dah kemaruk dah ni heheheh .. kalau ditakdirkan aku bukan jodoh dia aku rela dan aku redha tapi dia tetap aku ingat sampai bila-bila dan kalau ada jodoh tak kemana kan bak kata orang tua-tua. ok story aku aku stop kat sini je kay? nanti ada masa aku story lagi . bye bye bye


Saturday, 22 February 2014

KAWAN KERJA




Hi, Assalamualaikum ok entry aku kali ni "KAWAN KERJA". Aku nak cerita pasai depa ni, actually entry ni paling istimewa buat aku sebab aku banyak kenangan time aku kerja kat situ, ok nama tempat kerja aku Flash Evolution kat Sentosa Plaza, Alor Setar. Aku kerja jual accessory telephone je pun tapi keluasan kedai dia boleh cover brp buah kedai yg lain, besar kot. ok actually bangunan Sentosa Plaza ni pusat komunikasi alaa macam jual telephone, jual laptop, jual accessory phone segala bagai salah satu daripadanya kedai aku lah. Kedai aku walaupun jual accessory je tapi ada uniform cek oi. hehe hebat kan?




ok ni gambar aku n tu casing samsung tab 2 7.0 . hehe baju uniform aku warna pink, tak kira laki ke perempan kena pakai jugak baju pink tu. 




bergambar dengan tauke besar kedai aku . ok yang macam kingkong belakang tu nama dia Chuan, jawatan dia assistant bos no.2, kira macam kerani la, dia lah yang jaga kaunter semua. Time ni actually aku, Fatin,Edy,Kimin, ngan Mat dah berhenti. ni kononnya gambar last kami la ni sebab tu aku ngan geng aku pakai baju biasa ja tu. hehehe 

Aku happy time kerja kat situ sebab dapat kenal ngan ramai orang, macam-macam ragam manusia aku boleh tengok. Kawan paling rapat ngan aku mestilah Fatin, lepas masuk keja dua tiga hari aku kenal ngan Kak Dila dia buat part time kat situ maklumlah student salah sebuah U kat area situ. ok lepas aku kenal Kak Dila, masuk pulak budak baru iaitu Edy, Kimin n Mat, depa batch 95 so sama ngan aku lah kiranya tunggu result SPM keluar. 

First aku kenal Edy aku ingat dia tu abg sebab muka dia matured gila tak macam lepasan spm, aku pun panggil la dia abg sebab Kak Sim a.k.a bos no.2 aku tu suruh aku jadi leader dia sebab aku ni dah dikirakan senior, acewahh senior tu,hehe ok pastu aku pun tunjuk lah kat dia ni kat mana tempat casing phone S4, Note2, Iphone5, Iphone4, Samsung Tab, Ipad segala bagai tu. Sejak kat situ lah aku tau yang Edy tu sama umur ngan aku, heheh malu kot . Yela aku pun tak tanya dah main panggil ja. Lepas aku kenal Edy baru lah aku kenal Kimin ngan Mat sebab depa dua ni bukan bawah aku depa ni bawah Kak Dila. 

Aku ingat depa yang baru masuk ni diam rupanya dak, depa boleh ngam ngan aku,Fatin n Kak Dila. Depa kata kami sombong tapi mai jugak sembang ngan kami, pastu time balik kerja Edy ajak kami p lepak kat kedai burger Abg Burn, kami pun on ja lagipun time balik kerja memang kami singgah makan dulu. Pastu dalam dok bincang-bincang tu Chuan dengar dia pun nak join jugak so kami p lah ramai-ramai satu kedai p lepak kat kedai burger bakar Abg Burn tu. hehe moment yang tak boleh dilupakan. aku sayang depa ni tau. ok lastly aku nak cakap depa ni the best friend yang pernah aku jumpa dalam masa yang singkat. I LOVE YOU ALL. ok bye bye, nanti aku update pasai lain pulak kay. untuk entry ni dah tutup~~~




Friday, 21 February 2014

HOSTEL BLACKOUT




Hi, ok tajuk entry aku kali ni ialah "BLACKOUT" hampa pun tau kan macam mana kalau dok dalam keadaan gelap? aku memang lemah sikit kalau gelap gelap ni bukan apa otak tu kalau dalam gelap mau dia fikir mengarut-mengarut. ok aku memang niat nak study tadi sebab esok exam intro osh tapi time aku niat nak study tu la dia p blackout. alahai~ lama jugak lah dok dalam gelap. Hampa tau tau ja la kan sekarang ni musim panas so bila kipas angin berhenti ja mula mulut nak bising. tapi nak buat macam mana kan terpaksa lah terima hakikat. acewahh hehehe. time lampu terpadam, kipas angin berhenti time tu jugak lah dengar suara-suara student laki dok jerit-jerit kat tingkap. lepas tu dah tak tahan panas sangat semua pakat lari p dok lepak kat koridor, ada yang dok main guitar la, ada yang dok baca buku lah, ada yang dok karaoke la macam- macam perangai aku boleh tengok tadi. hehehe 

Aku tak tau apa punca blackout tadi sebab dalam unit ja yang x dak electrik kat luar kat koridor tu ada pulak, lif pun bergerak macam biasa ja. geng yang umah sebelah semua pakat turun dok kat dewan sbb kat dewan ada electrik. ishh seriously aku tak faham. ok itu kerja TNB so tak payah nak serabut kepala otak ni nak fikir benda tu. first td ingat main-main ala macam nak test lampu tp tak betul-betul tak dak electrik,hahaha dalam kepala aku dok fikir macam-macam dah yala malam ni malam jumaat tau tau dah lah kan. tapi aku diam je sebab tak nak fikir sangat. huhu.. time tak dak electrik tu jugak lah bateri fon nak habis, alahai~ lemah betul, nasib baik lah aku ni terfikir ada laptop and ada USB so apa salahnya kan kalau charge fon guna laptop kan. hehehe cerdik dak aku .. ok lah entry aku kali ni aku stop kat sini je kay.. nanti aku update lg :)